BELAJAR::DIAJAR::MENGAJAR:: "Tuntutlah ilmu dari buaian sehingga ke liang lahad.." Searching For Mardhatillah...
Mutiara Hikmah
"....Seseorang Manusia Harus Cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya , cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.... "
Wednesday, June 30, 2010
Kembali Lagi
Bismillahirrahmanirrahim....
@>>---- masih diberi peluang lagi untuk bernafas dan menjalani kehidupan dicni...
alhamdulillah...
lama sudah rasanya tak meninggalkan notes di blog ni..mgkin salah 1 sebabnya ialah kesuntukan masa menguruskan jadual hidup yang mula berubah sebagai seorang pendidik...
alhamdulillah...
ketika bersama anak-anak murid, semua masalah hilang....
yang tinggal adalah semanagt luar biasa...utk berkongsi ilmu bersama anak2 itu...
saya bahagia disini...
setiap hari, pasti ada cerita lucu, sedih, gembira yang akan sy kutip...
bersama mereka disini......
kelas yang sy ajar ialah 4sc2, 2A1 dan 1Q1..
alhamdulillah...xla bnyk kerenah...
cuma kelas 2A1, kelas matematik...
32 pelajar dgn 32 ragam dgn 32 latar belakang yg berbeza...
pernah suatu ketika...mereka mengadu kpd saya..
"Teacher, kitorang sebenarnya nak belajar....tapi cikgu2 anggap kitorang ni xpandai...
yela..kitowang mmg tau,kitarang xpandai macam kelas depan....
huhu..."
terkedu sy seketika....memikirkan jawapan spontan yg perlu sy beri..tanpa menghiris hati sesiapa juga utk menenangkan perasaan mereka...
teringat kata2 seorang sahabat ketika di kampus dulu....
sy dgn tenang..terus menjawb..
balik dirumah, sy masih terfikir...
masih kurang lagi koleksi bku2 dan cd motivasi yg perlu sy baca dan dengar...
maha suci ALLAH.....
SY mahu menjadi guru yang terbaik...
tp perjalanan sy masih jauh dan berliku...
ya allah...
hnya padaMu diriku serahkan segalanya..
tunjukkanlah diriku jalan yang terbaik untuk ku menjadi seorang guru yang tabah...
ameen..
mak, ayah, kakak2,abg2 ipar, adik2 tersayang, juga sahabat istimewa sy...
terima kasih atas semanagt dan doa2...
~i.k.h.l.a.s~
Thursday, April 8, 2010
Anak Kecil Yang Takut Api Neraka..

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”
Maka berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka.” Berkata orang tua itu. “Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”
Berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ran- ting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”
Berkata orang tua itu, sambil menangis: “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”.
SALAM KASIH SAYANG..~
Wednesday, April 7, 2010
~ANJING MUSAFIR~

Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian.
Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.
Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.
Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing. “Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.
“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.
“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.
“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.
Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”
Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.
.....................................................................................................................................................
(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.

Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.
Ketahuilah.....Muslimah
“Ketahuilah.................. muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dlm berpakaian grand tetapi
dilihat dr sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan
tetapi
dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.
Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani
tetapi
dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,
dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
dan ingatlah.............................................................................................................................................
muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul..”
JADILAH 'HATI' KEPADA RUMAHMU.....
salam kasih sayang...=)
Masa Yang Terus Berlalu...

Alahamdulillah......sampai juga kita ke bulan april....bulan ke-4 dalam kelender masihi..juga berada diakhir rabiul akrir...dan bakal bertemu jamadil awal.....alhamdulillah....
TERIMA KASIH YA ALLAH...............................................
4HB lepas, seorang sahabat siti shahirah selamat diijabkabulkan dgn pilihan hatinya...saifullah...
alhamdulillah....walimah berjalan dgn lancar...yg diadakan di taman melati,kuala Lumpur....
ramai sanak saudara yg hadir bagi memeriahkan majlis...termasuk kami, coursemate BSDP(FIZIK).....
tenang sy lihat wajah saiful dan irah ketika melangkah seiringan ke meja makan....
mana tidaknya....mereka telah menyempurnakan sebahagian drpda agama mereka...=) itu pesan nabi...syukur..rezeki ira utk jdohnya di awal 23-an...
saya melihat...kehadiran ramai tetamu yg datang memeriahkan majlis...
serta sy juga berfikir....kehadiran tetamu yang diundang semestinya dengan keizinan ALLAH...
mereka bukan sekadar hadir utk menjamu santapan yang telah disediakan..malah yang lebih utama...
mereka membekalkan doa untuk pengantin.....
Setiap seorang yang hadir pasti akan menghadiahkan sepotong doa semoga mereka kekal sehingga ke anak cucu...
bagi saya...jika kekal...biarlah ia kekal sampai ke syurga....
diri saya????????????
istikharah masih belum dapat menemukan jawapan..
tapi...baru2 ni, seorang hamba ALLAH datang merisik.
subhanallah...
tp dalam risikannya, dia jelaskan bahawa dia akan datang meminang saya pada 2/3 tahun akan datang..jika saya sudi terima lamarannya...
saya..masih tiada jawapan...
buat masa ini, saya hanya menunggu petunjuk daripada ALLAH...
ADAKAH DIA REZEKI UNTUKKU????
Biarlah masa yang menentukan segalanya kerana saya pernah merasai perasaan kecewa apabila dikecewakan oleh manusia...
seorang insan yang saya harap berjodoh dengannya..tapi...
ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA.....
Masa terus berlalu...
pepatah arab ada tertulis...masa ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya...maka dia akan memotongmu...
tinggal beberapa minggu tempat baruku adalah di sekolah...
saya bakal menjadi seorang pendidik...
alhamdulillah...cita2 ku hampir tercapai..
semoga allah merahmati saya,ibu bapa serta semua umat islam di dunia....ameeen.
salam kasih sayang...=)
Tuesday, March 2, 2010
Buku Khusyuk Dalam Solat
Bismillahirrahmanirrahim....
sy membeli lagi sebuah bku "Khusyuk dalam solat" tulisan Muhammad Izzuddin Taufik.
alhamdulillah...sy ingin memperbaiki solat sy..solat yang penuh khusyuk juga solat yang dapat memperbaiki keseluruhan pembawaan dalam hidup sy...
i-allah semoga buku ini banyak manfaatnya utk saya, adik2 saya,kawan2 sy..juga ssiapa sja yang mahu mempunyai kemahuan utk mencari makna "solat"..
antara tajuk yang terkandung dalm buku ini ialah....
1) MENGAPA HARUS KHUSYUK?
kenapa perlu sy khusyuk ketika solat?
"pertama sekali akan hilang dari agama kalian adalah kekhusyukan, selepas itu yang terakhir sekali akan hilang dari agama kalian adalah solat..anda lihat mereka tidak mendirikan solat dengan khusyuk.."
*lihat Abd Mun'nim, Tahdziibu Madaariji as-saalikiina, diterbitkan oleh kementerian Wakaf Emerat, hal 276.
nauzubillah..semoga kita sentiasa istiqamah utk mencari khusyuk...=(
"...implikasi khusyuk dalam hati boleh nampak apabila anda mampu melihat aib dan kekurangan diri dan amal perbuatan seperti sombong,ujub dan riak, lemahnya kejujuran sedikitnya keyakinan n tdk fokusnya niat dan tdk mmpersembahkn amal perbuatan yg diredhai TUHAN..."
bab ke-2 : syarat khusyuk dalam solat.
----cara pertama : mengetahui kedudukan solat dan memahami beberapa rahsia solat.
-----cara kedua : mewujudkan ketenangan tubuh badan dalam solat , cara khusyuk dalam solat berjemaah.
-----cara ketiga : mewujudkan kekhusyukan batin
------cara keempat : merenung makna bacaan dan rahsia gerakan solat
-------cara kelima : menghayati kisah orang yang khusyuk
--------cara keenam : Qiyamullail..
"....Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya..."
(al-mukminuun...: 1-2)
YA ALLAH...Jadikanlah hamba ini hamba yang taat dan istiqamah dgn segala perkara kebaikan..juga dekatkanlah hati hamba kepada mereka yang mengenaliMU ya ALLAH..AMIIN...

Subscribe to:
Posts (Atom)