Mutiara Hikmah

"....Seseorang Manusia Harus Cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya , cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.... "






Wednesday, November 3, 2010

My Convocation....Alhamdulillah...

Bismillahirrah manirrahimm.....


11/10/10- my convocation day...alhamdulillah...
semuanya berjalan dgn lancar..
makyah, angah, abg fatir, alang, athirah....thanks semua..
juga utk along, abg hafizan dan iman yg setia menunggu kat rumah....=)

yg tertinggal kat rumah....Alyn....hehe..
kesian dia...
kebetulan hari yg sama dgn hari last PMR...
semoga berjaya adikku....=)

seronok sngt....sebab dapat jumpa kawan2 sebatch...
rindu kat mereka smua...

dan kekal utk diingati...kawan2 yg meraikan hari konvo..
Fitri,
Sal...ex-rumet,
Mira & Azri,
Muin & Hazazi,
n sahabat baik sy...Ansar..
alhamdulillah...

dipermudahkan juga oleh ALLAH utk kenalkan dia pada mak dan ayah..

Trima kasih Ya ALLAH atas segala nikmat yg telah Engkau pinjamkan utk ku...
@>>---------

Sunday, July 11, 2010

Comments 4sc2..=)

assalamualaikum.....

hari ni klas relief 4sc 2..
mengajar fizik..

hm...not bad...cuma td xsempat nak bg latihan.

akhir waktu td..baru terfikir..
nak suruh students berikan komen tentng pengajaran teacher....huhuhu..

itu pus salah satu proses utk mmperbaiki pengajaran diri kita..kan.=)

1.....Tan Xin Kiat --
PENGAJARAN AGAK CEPAT, TETAPI AJAR DGN BAGUS....

refleksi saya???????

2.....Tan Thiam Lin--
cikgu ajar dengan sepenuh hati,walaupun ada sikit tidak berapa faham, tetapi cikgu adalah cikgu fizik yg baik...

refleksi????

3...norhanim---
teruskan usaha,...cara cikgu mengajar memang best sebab bnyk contoh2 yg mendorong kitorang utk lebih faham dalam tajuk yg di ajar...

refleksi????

to be continued......

Wednesday, July 7, 2010

Halaqah sentuhan Qalbu...

Tajuk Dan Tarikh Siaran (Selasa, 10.00 malam)


Dicipta (15/6/10)
Panel : Y.Bhg Dato’ Hj Nooh bin Hj Gadot
Trainer : Sdr. Andi Muhamad Fajar


Pohon Hidup (22/6/2010)
Panel : Y.Bhg S.S.M Tan Sri Dr. Hj Harussani bin Hj Zakaria
Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan


Ikon (29/6/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Badli Shah Alauddin
Trainer : Sdr. Firdaus Djamaris


Kontrak Hidup (6/7/2010)
Panel : Y.Bhg Dr. Fauzi Hamad (UM)
Trainer : Sdr. Rinaldi Agusyana


Dairi Nabi Ibrahim A.S (13/7/2010)
Panel : Y.Bhg Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah B. Hj. Abd Halim
Trainer : Sdr. Andi Muhamad Fajar


Macam Mainan (20/7/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Hanafi Abdul Malek
Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan


Saham Ibubapa (27/7/2010)
Panel : Y.Bhg Dr. Rubiah K Hamzah
Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan


Namaku Remaja (3/8/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Syed Norhisham Al-Idrus
Trainer : Sdr. Arief Rahman Saleh


Ayah dan Ibu (10/8/2010)
Panel : Y.Bhg Dr. Amnah Bohari
Trainer : Sdr. Dudi Supriadi


5 Minit Aje (17/8/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Roslan Mohamed
Trainer : Sdr. Firdaus Djamaris


Akhir Hayat (24/8/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Kifli Yasin
(Mufti Sarawak)
Trainer : Sdr. Rinaldi Agusyana


Mengurus Dunia (31/8/2010)
Panel : Y.Bhg Dr. Danial Zainal Abidin
Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan


Ketika Pulang (7/9/2010)
Trainer : Dr. Ary Ginanjar Augustian


Syukran Jazilan...
M.AA

Duhai Hati...


Assalamualaikum.....


duhai hati...


mengapa sering mengeluh ketika


dugaan datang melanda?


ketika di waktu senang,


adakah kau setia mengingat Yang Satu?


bukankah nikmat dan mudarat itu.....


juga DUGAAN.....




muhasabah wahai diri..


tenang dan fikirkan...


kenapa dan mengapa ALLAH takdirkan


begini dan begitu..





Duhai hati...

BERSABARLAH..~

Tuesday, July 6, 2010

Lelaki Di Zaman Ini...


Ku berfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya



Kuberfikir..

Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri


Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini

Sukar untuk kutemui

Ahli profesional yang bertaqwa

Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa

Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana

Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka

Yang hidupnya lebih berat dari barat

Ibadah dan amal terasa amat berat




Kuberfikir..

Lelaki diakhir zaman ini

Payah untuk kutemui

Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat

Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada

Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka



Kuberfikir..

Lelaki diakhir zaman ini

Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat

Syahid yang sentiasa menjadi matlamat

Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat

Dan melupakan kehidupan akhirat


Kuberfikir..

Lelaki diakhir zaman ini

Sukar untuk kutemui

Yang sentiasa bermunajat dan berzikir

Sentiasa bertafakkur dan berfikir

Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir



Namun kutetap berfikir..

pasti masih ada lagi

Lelaki diakhir zaman ini

Seperti yang kufikir..


Dimanakah dia?
@>>---------

Keajaiban Selawat..

KEAJAIBAN SELAWAT


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)


2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.


4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.


5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.


6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.


8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.


9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.


10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.



11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.



12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.



14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.



15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.



16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.



17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.




18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.



19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.



20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.


21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.


22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.


23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.



24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.



25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.



26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.



27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.



28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.



29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.



30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabranisalah satu contoh....(menjauhkan diri dari terkena penyakit)



Amalkanlah wahai sahabatku sekalian..

semoga kita sentiasa terasa dekat dengan Rasulullah...



SYUKRAN..

Muhammad Ansar b Abdan..

~MARDI~

Solat pada Awal Waktu & Tenaga...

credit to Muhammad Ansar b. Abdan :-)

Assalamualaikum w.b.t.....


Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi...
Sebagai contoh, pada waktu SUBUH alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. ( biru..warna kegemaran sy......=)

Warna alam seterusnya berubah ke warna HIJAU (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem pengh adam an. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? (hijau.......warna kegemaran shbt karib sy...mira..adik bongsu sy,alin dan kak ngah...=)






Kemudian warna alam akan berubah kepada warna OREN, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.


Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.(ungu...warna kegemaran imah...)





Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di ' kurniakan ' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Jom kita solat pada awal waktu.....=)

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Wednesday, June 30, 2010

Anak Kecil ini.....



sy suka gambar ni...


anak kecil yang indah bertudung...


ketika sy letakkannya di desktop...ramai yg bertanya..

siapa tu cikgu?

comelnya......

hehe...


ini gambar....oh..rahsia...=)





Kembali Lagi



Bismillahirrahmanirrahim....




@>>---- masih diberi peluang lagi untuk bernafas dan menjalani kehidupan dicni...


alhamdulillah...
lama sudah rasanya tak meninggalkan notes di blog ni..mgkin salah 1 sebabnya ialah kesuntukan masa menguruskan jadual hidup yang mula berubah sebagai seorang pendidik...

alhamdulillah...
ketika bersama anak-anak murid, semua masalah hilang....
yang tinggal adalah semanagt luar biasa...utk berkongsi ilmu bersama anak2 itu...


saya bahagia disini...




setiap hari, pasti ada cerita lucu, sedih, gembira yang akan sy kutip...
bersama mereka disini......

kelas yang sy ajar ialah 4sc2, 2A1 dan 1Q1..
alhamdulillah...xla bnyk kerenah...

cuma kelas 2A1, kelas matematik...
32 pelajar dgn 32 ragam dgn 32 latar belakang yg berbeza...


pernah suatu ketika...mereka mengadu kpd saya..

"Teacher, kitorang sebenarnya nak belajar....tapi cikgu2 anggap kitorang ni xpandai...
yela..kitowang mmg tau,kitarang xpandai macam kelas depan....


huhu..."

terkedu sy seketika....memikirkan jawapan spontan yg perlu sy beri..tanpa menghiris hati sesiapa juga utk menenangkan perasaan mereka...




teringat kata2 seorang sahabat ketika di kampus dulu....


sy dgn tenang..terus menjawb..


ringkas...tp maksudnya padat...




balik dirumah, sy masih terfikir...


masih kurang lagi koleksi bku2 dan cd motivasi yg perlu sy baca dan dengar...


maha suci ALLAH.....


SY mahu menjadi guru yang terbaik...


tp perjalanan sy masih jauh dan berliku...

ya allah...


hnya padaMu diriku serahkan segalanya..
tunjukkanlah diriku jalan yang terbaik untuk ku menjadi seorang guru yang tabah...
ameen..





mak, ayah, kakak2,abg2 ipar, adik2 tersayang, juga sahabat istimewa sy...


terima kasih atas semanagt dan doa2...




~i.k.h.l.a.s~

Thursday, April 8, 2010

Anak Kecil Yang Takut Api Neraka..



Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wuduk sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis maka dia pun berkata: “Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?”



Maka berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, saya telah membaca ayat Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi “Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum” yang bermaksud “Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.” Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan kedalam neraka.” Berkata orang tua itu. “Wahai anak, janganlah kamu takut sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam neraka.”



Berkata anak kecil itu. “Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali mereka akan meletakkan ran- ting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka meletakkan kayu besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa.”



Berkata orang tua itu, sambil menangis: “Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?”.
SALAM KASIH SAYANG..~

Wednesday, April 7, 2010

~ANJING MUSAFIR~




Diceritakan bahawa pada suatu hari *Abdullah bin Jaafar sedang berpergian.


Ketika sampai di sebuah kebun kurma milik seseorang, dia berhenti untuk beristirehat. Didapatinya di situ ada seorang hamba abdi berkulit hitam yang menjaga kebun kurma tersebut. Tiba-tiba hamba abdi itu mengeluarkan bekalnya untuk makan yang berupa tiga potong makanan. Seekor anjing datang menghampirinya dan berpusing-pusing berhampiran si hamba sambil menyalak sebagai tanda ingin merasa makanan itu. Lidahnya pun dihulur-hulurkannya keluar.


Hamba abdi yang peka itu mencampakkan sepotong makanannya ke arah anjing dan dimakannya. Kemudian dicampakkannya pula sepotong lagi dan dimakannya pula. Ternyata anjing itu masih belum mahu lari juga. Maka hamba abdi itu mencampakkan lagi makanannya untuk ketiga kalinya dan dimakannya lagi. Maka habislah semua bekal si hamba kerana diberikan kepada anjing yang datang.


Abdullah bin Jaafar yang melihat perkara itu sangat hairan, kerana si hamba telah memberikan semua makanannya kepada anjing. “Wahai anakku, berapa banyakkah makananmu sehari di tempat ini?” Tanya Abdullah bin Jaafar.


“Tiga potong saja yang kesemuanya telah dimakan anjing tadi.” Jawab si hamba.


“Mengapa engkau berikan semua kepada anjing itu? Dan engkau sendiri akan makan apa?” Tanya Abdullah.


“Wahai tuan. Tempat ini bukanlah kawasan anjing. Jadi aku yakin dia datang dari tempat yang jauh, sedang bermusafir dan tentu dia sangat lapar. Sedang aku sendiri, biarlah tidak makan hari ini sehingga esok.” Jawab si hamba.


Mendengar itu, Abdullah berseru: “Subhanallah. Bagus...bagus. Ternyata hamba itu lebih dermawan daripada saya.”


Kerana rasa terharunya dan merasa kedermawanannya masih dikalahkan oleh seorang hamba hitam, Abdullah bin Jaafar membeli kebun kurma dan hamba abdi itu dari tuannya. Kemudian dia memerdekakan si hamba, dan kebun kurma itu diberikan kepadanya. Setelah itu, dia pergi meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanannya.

.....................................................................................................................................................
(*) Abdullah bin Jaafar bin Abi Talib lahir di Negeri Habsyah ketika umat Islam sedang berpindah ke sana dengan dipimpin oleh ayahnya Jaafar bin Abi Talib. Dialah keluarga Bani Hasyim yang paling akhir melihat Rasulullah SAW Ketika Nabi SAW membaiatnya, Abdullah bin Jaafar baru berumur tujuh tahun, turut bersama dalam baiat itu Abdullah bin Zubair yang umurnya juga baru tujuh tahun.


Abdullah bin Jaafar memang terkenal sangat dermawan. Dia pernah bersedekah sehingga beribu-ribu dinar dalam satu masa, enam puluh ribu, empat puluh ribu dinar dan lain-lain. Muawiyah sangat suka kepadanya dan memberinya satu juta dirham setiap tahun. Suatu masa ketika Muawiyah mengerjakan memberinya lima puluh ribu dinar. Abdullah bin Jaafar wafat pada tahun 83 Hijrah.

Ketahuilah.....Muslimah



“Ketahuilah.................. muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dlm berpakaian grand tetapi

dilihat dr sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.



Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan

tetapi

dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.


Muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani

tetapi

dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,

dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”


dan ingatlah.............................................................................................................................................

muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul..”

~ikha~

JADILAH 'HATI' KEPADA RUMAHMU.....


salam kasih sayang...=)

Masa Yang Terus Berlalu...



Alahamdulillah......sampai juga kita ke bulan april....bulan ke-4 dalam kelender masihi..juga berada diakhir rabiul akrir...dan bakal bertemu jamadil awal.....alhamdulillah....




TERIMA KASIH YA ALLAH...............................................




4HB lepas, seorang sahabat siti shahirah selamat diijabkabulkan dgn pilihan hatinya...saifullah...


alhamdulillah....walimah berjalan dgn lancar...yg diadakan di taman melati,kuala Lumpur....




ramai sanak saudara yg hadir bagi memeriahkan majlis...termasuk kami, coursemate BSDP(FIZIK).....




tenang sy lihat wajah saiful dan irah ketika melangkah seiringan ke meja makan....


mana tidaknya....mereka telah menyempurnakan sebahagian drpda agama mereka...=) itu pesan nabi...syukur..rezeki ira utk jdohnya di awal 23-an...




saya melihat...kehadiran ramai tetamu yg datang memeriahkan majlis...


serta sy juga berfikir....kehadiran tetamu yang diundang semestinya dengan keizinan ALLAH...


mereka bukan sekadar hadir utk menjamu santapan yang telah disediakan..malah yang lebih utama...




mereka membekalkan doa untuk pengantin.....


Setiap seorang yang hadir pasti akan menghadiahkan sepotong doa semoga mereka kekal sehingga ke anak cucu...


bagi saya...jika kekal...biarlah ia kekal sampai ke syurga....
mira, syairah, mastura, saya, in dan lin...



diri saya????????????


istikharah masih belum dapat menemukan jawapan..


tapi...baru2 ni, seorang hamba ALLAH datang merisik.


subhanallah...


tp dalam risikannya, dia jelaskan bahawa dia akan datang meminang saya pada 2/3 tahun akan datang..jika saya sudi terima lamarannya...


saya..masih tiada jawapan...


buat masa ini, saya hanya menunggu petunjuk daripada ALLAH...




ADAKAH DIA REZEKI UNTUKKU????




Biarlah masa yang menentukan segalanya kerana saya pernah merasai perasaan kecewa apabila dikecewakan oleh manusia...


seorang insan yang saya harap berjodoh dengannya..tapi...


ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALANYA.....




Masa terus berlalu...


pepatah arab ada tertulis...masa ibarat pedang, jika kamu tidak memotongnya...maka dia akan memotongmu...




tinggal beberapa minggu tempat baruku adalah di sekolah...


saya bakal menjadi seorang pendidik...


alhamdulillah...cita2 ku hampir tercapai..


semoga allah merahmati saya,ibu bapa serta semua umat islam di dunia....ameeen.




salam kasih sayang...=)










Tuesday, March 2, 2010

Buku Khusyuk Dalam Solat

Bismillahirrahmanirrahim....

sy membeli lagi sebuah bku "Khusyuk dalam solat" tulisan Muhammad Izzuddin Taufik.
alhamdulillah...sy ingin memperbaiki solat sy..solat yang penuh khusyuk juga solat yang dapat memperbaiki keseluruhan pembawaan dalam hidup sy...
i-allah semoga buku ini banyak manfaatnya utk saya, adik2 saya,kawan2 sy..juga ssiapa sja yang mahu mempunyai kemahuan utk mencari makna "solat"..

antara tajuk yang terkandung dalm buku ini ialah....

1) MENGAPA HARUS KHUSYUK?
kenapa perlu sy khusyuk ketika solat?

"pertama sekali akan hilang dari agama kalian adalah kekhusyukan, selepas itu yang terakhir sekali akan hilang dari agama kalian adalah solat..anda lihat mereka tidak mendirikan solat dengan khusyuk.."
*lihat Abd Mun'nim, Tahdziibu Madaariji as-saalikiina, diterbitkan oleh kementerian Wakaf Emerat, hal 276.

nauzubillah..semoga kita sentiasa istiqamah utk mencari khusyuk...=(

"...implikasi khusyuk dalam hati boleh nampak apabila anda mampu melihat aib dan kekurangan diri dan amal perbuatan seperti sombong,ujub dan riak, lemahnya kejujuran sedikitnya keyakinan n tdk fokusnya niat dan tdk mmpersembahkn amal perbuatan yg diredhai TUHAN..."

bab ke-2 : syarat khusyuk dalam solat.
----cara pertama : mengetahui kedudukan solat dan memahami beberapa rahsia solat.

-----cara kedua : mewujudkan ketenangan tubuh badan dalam solat , cara khusyuk dalam solat berjemaah.

-----cara ketiga : mewujudkan kekhusyukan batin

------cara keempat : merenung makna bacaan dan rahsia gerakan solat

-------cara kelima : menghayati kisah orang yang khusyuk

--------cara keenam : Qiyamullail..

"....Sesungguhnya berjayalah orang yang beriman. iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya..."
(al-mukminuun...: 1-2)

YA ALLAH...Jadikanlah hamba ini hamba yang taat dan istiqamah dgn segala perkara kebaikan..juga dekatkanlah hati hamba kepada mereka yang mengenaliMU ya ALLAH..AMIIN...

Sunday, February 28, 2010

Istikharahku Membisikkan Sesuatu...



Bismillahirrahmanirrahim.....

Dalam kesibukan menyiapkan thesis akhir utk dihantar, macam2 perkara yang berlaku...

yang menjadikan sy berfikir sejenak...


istikharahku membisikkan sesuatu...!!!



apakah bisikan itu....


sudah tentu rahsia.


hanya ALLAH tempatku serahkan segala-galanya...


dalam beberapa hari terdekat ini jgk...sy antara hambaNya yang dipilih ALLAH utk menghadiri beberapa ceramah.



antaranya 'aku ingin bercinta' yang diberi oleh Ustaz Hasrizal b Jamil..(Saifulislam.com)..



kekuatan langkah itu sy atur dgn seribu keazaman...bahawa sy ingin memperbaiki diri sy..mahu jauh dr cinta yang melalaikan....



astaghfirullahal a'zim...
bersama rumet kesayanganku...sal.



"..Jodoh tiada kaitan dgn keturunan. hanya belum sampai masanya. ia bagai menanti jambatan utk ke seberang. kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita..ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. ALLAH ITU MAHA MENDENGAR.."


Wanita baik utk lelaki baik..itu janji ALLAH..


kemudian langkah ini diatur ke ceramah PROF MADYA DR ASMAH..
expression pertma melihat beliau...hati ini kagum...subhanallah..

Dr Asmah bertdung labuh..dan usianya sudah menjangkau "umur subsidi" katanya...

sy tersenyum....


bagi sy..beliau seorang Muslimah Mithali..Dgn ilmu dunia yg berada dalam khazanah mindanya...beliau juga lantang dalam berdakwah..


JODOH SUDAH ADA...ANDA PERLU SABAR!

gilap diri utk membentuk personaliti yang unggul..capai cita-cita..itu yang ALLAH sudah takdirkan..



=) (berfikir sejenak....tdk sabarkah sy????hehe...)


sy membeli sebuah buku...Pemilik hatiku ketika pulang dr ceramah tersebut..tulisan Fatimah Syarha..penulis kegemaranku..=)






semoga ini petunjuk terbaik utk ku buat masa ini...


ya allah...aku memohon kasih sayangMU, aku memohon kasih sayang orang yang menyayangiMU, aku memohon kecenderungan mengerjakan perbuatan yg mendekatkan aku pada kasih sygMU...amin...




Salam Kasih Sayang~

Friday, February 26, 2010

Project Final Year~~hampir siap!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

salah satu syarat utk seseorang bergraduat adalah dengan menyiapkan satu laporan thesis/kertas kerja sebagai projek tahun akhir...

'experiment' yang Dr tugaskan utkku adalah dalam bidang material science. i am producing a mullite-based ceramic..
mula2 perjalanan utk memulakan 'experimentku' tanpa bantuan senior amat merumitkan..
tp alhamdulillah..at last i can survive..

i learn many thing from strating my labwork until my measurement (for now)..many things happens to me..but i must cope it (walaupun susah nak hadapi)..

pernah 1 ketika..my moulds is missing...someone get my moulds...tibe2 je terus menangis....huhu
call my sis...she's calm me down.

then i called my supervisor and at last i know where it is..!!
astaghfirullahal a'zim.....

somenone use it without permission!!! geramnyer...tp nak wat camne..benda dah berlaku.
i ask him to make a new mould for me..i lost 3 mould..i ask for 6 new mould...hahaha.
betapa kejamnyer senior kamu ni...hehehe


do you know a crucible?
or in Malay kita sebut mangkuk pijar..itulah experiment yang ku perlu buat..
tp after many discussions and try and error, lasttly....
i just making a mullite( ceramic) with a bar-shaped. best...

then continue with measyrement like it density, linear shrinkage, XRD test, XRF test and also FTIR test

harap2 allah permudahkan urusan sy..


Salam kasih Sayang~

Wednesday, February 24, 2010

Sebuah Teleskop


Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


saya bercita-cita untuk membeli teleskop satu hari nanti...


Sejak menguruskan aktiviti kelab: malam cerapan bintang dan lawatan ke Kompleks Cerapan Al-Khawarizmi, di Melaka.... saya bercita-cita mahu memiliki sebuah teleskop.dapat tengok bintang-bintang..bulan..planet2...subhanallah...=)

semuanya indah ciptaan ALLAH yang Maha Kuasa..


teringat sebuah kata-kata..


"..Jika kamu ingin melihat kebesaran ALLAH, maka perhatikanlah apa-apa yang ada disekelilingmu...Maha Suci ALLAH.."


Semoga cita-citaku akan diperkenankan ALLAH..AMEEN


baru saja survey beberapa teleskop yang menjadi idaman...=_=


JENIS TELESKOP


Dari sekian banyak teleskop, pada umumnya mereke masuk dalam tiga kategori utama, yaitu refraktor, reflektor dan catadioptrik.


1. Refraktor


Refraktor (atau teleskop pembias) adalah tipe teleskop yang mungkin paling banyak dikenal umum. Refraktor mempergunakan lensa sebagai objektifnya. Lensa ini, yang letaknya di bagian ujung atas dari tabung teleskop, mengumpulkan dan membiaskan cahaya dan kemudian cahaya tadi berjalan menuju ke titik api (fokus) di bagian bawah dari tabung teleskop. Proses pengumpulan dan pembiasan cahaya itu bisa dilihat dalam animasi di kiri. Seperti kita lihat, cahaya (warna kuning) memasuki tabung dari sebelah kiri kemudian dibiaskan oleh lensa objektif. Cahaya yang sudah dibiaskan tadi kemudian berjalan menuju fokus yang pada animasi ini terletak di seblah kanan gambar. Refraktor umumnya lebih mahal daripada teleskop jenis lainnya. Sebagai contoh, harga refraktor apokromatik merek Meade berdiameter 4" jauh lebih mahal dibandingkan dengan harga teleskop reflektor Meade yang berukuran 16". Mengapa begitu? Sebabnya adalah karena membuat lensa yang bermutu tinggi dan apokromat jauh lebih sulit dari pada membuat cermin, dan harga bahan baku yang bermutu tinggi untuk membuat lensa sangat mahal. Yang harus diingat kalau kamu ingin membeli teleskop refraktor adalah jangan beli "department store telescope". Teleskop apa pula ini? Yang masuk dalam kategori ini adalah teleskop yang umumnya sering kita lihat dijual di department store atau toko kamera. Cara mengenalinya mudah, salah satunya adalah dengan melihat kemasannya. Pada bungkus atau kemasan dari teleskop kacangan ini umunya tertulis bahwa teleskop mempunyai kemampuan pembesaran sampai 500 x. Biasanya tertulis "500 x magnification. Mesti dipastikan bahwa kamu akan kecewa dengan teleskop seperti ini. Lebih baik uang yang ada dipakai untuk membeli binokuler. Indikator lainnya adalah harga. Jangan pernah membeli teleskop yang harganya di bawah $300.


2. Reflektor


Teleskop Reflektor (pemantul) yang paling populer adalah Newtonian. Diberi nama Newtonian karena yang desain teleskop ini ditemukan oleh Isaac Newton. Reflektor Newtonian tidak mempergunakan lensa sebagai obyektifnya tetapi mempergunakan cermin. Cara kerjanya adalah sebagai berikut: Satu cermin cekung atau sering disebut cermin primer diletakkan di bagian bawah tabung teleskop (dalam animasi di sini di sebelah kanan), cermin primer ini memantulkan cahaya yang memasuki tabung (dalam animasi dari sebelah kiri) ke cermin kedua yang datar (cemin sekunder) yang letaknya di bagaian atas tabung. Cermin kedua ini kemudian mngarahkan cahaya tadi ke fokus yang arahnya di sebelah sisi tabung. Teleskop jenis inilah yang sering dibuat oleh pembuat teleskop amatir.


3. Katadioptrik


Teleskop Katadioptrik adalah seperti perpaduan dari pemantul dan pembias, meskipun tidak persis demikian. Katadioptrik mempergunakan lensa korektor dan dua cermin. Lensa korektor terletak pada bagian depan tabung, dan cermin primer yang terletak pada bagian belakang tabung. Sedangkan cermin sekundernya diletakkan di tengah lensa korektor. Cara kerjanya, cahaya memasuki tabung melewati lensa korektor menuju ke cermin primer (cermin cekung). Dari cermin primer cahaya dipantulkan ke cermin cembung sekunder yang terletak di tengah lensa korektor. Cermin cembung kemudian memantulkan cahaya tadi ke fokus yang letaknya dibagian belakang tabung. Dua jenis katadioptrik yang populer adalh Schmidt-Cassegrain dan Maksutov-Cassegrain.



Salam Kasih Sayang~

Tuesday, February 23, 2010

terima kasih YA ALLAH..

Lamanya tak bukak blog ni..
huuhuhu..salah satu sebabnya ialah kemalasan menjadi temanku akhir-akhir ni...
=(
2nd...disebabkan oleh kerja2 ynag perlu dibereskan...
OOh...ya allah...berilahku kekuatan.amin...

hari ni 24hb-rabu. kelmarin seorang teman menghantar 1 msg mengejut..
beliau akan melangsungkan perkahwinannya pada hujung minggu ni...
macam2 perasaan yg timbul..hehehe
kawin express kah dia?
itu adalah label yang family ku guna utk sesiapa yang tiba2 jer nak kawin.hehehe...tp lagi pelik majlis tu pada hari isnin..29hb.......
xpe...its okeh..jodoh dia dah sampai..
wish congrate...then tnya nama bakal isteri..

poor me...
it's just a joke!!february has 28days only faz!!!!
huhu...

xper...ada hari buleh ku balas..

semakin hari semakin bnyk dugaan yg perlu ku tempuh.
macam2 unexpected yang berlaku.
a**** selalu pesan padaku pd hampir setiap pg..
doa selalu..semoga hari ini lebih baik dr hari semalam..
trma kasih shbt..

Past is past and Prepare To Plan For Tomorrow..

teringat plak lecturer kimia ketika blaja kat matrik dulu..(KMNS kebanggaanku ..=))

PN RUSIATIE..a very kind of teacher.
she said to me..

" Life Is Beautiful If You Can Understand It..."

kata-kata semanagat ni akan ku tulis pada setiapa koleksi buku2 baru yang kubeli..
tq teacher..
i also wanna be a gud teacher like her.

=)
Salam Kasih Sayang...~