Mutiara Hikmah

"....Seseorang Manusia Harus Cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya , cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya.... "






Sunday, March 20, 2011

Bermula disini...

Dengan Nama ALLAH YANG Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...





ALHMADULILLAH.....





masih lg diberikan peluang utk bernafas n menunaikan kewajipan sbg seorang hamba..lebih2 lagi

dgn nikmat IMAN & ISLAM....





Hari ni....21/3/2011....Ahad:::





esok kembali ke rutin harian.





BACK TO SCHOOL~


I-allah,smga semuanya berjalan dgn baik..minggu ni,students akn mula ujian bulanan...





paper English form 2 dah siap stelah bertungkus lumus dgn Balqis.(wlaupun Balqis support

smngt je stiap ari..heee..TQ Qis..)....





my life is begin here....


as a teacher...


as a learner...





ini cita2 yg sy impikan smenjak....hm...sek rendah kot..


i like the way Cikgu Ida,Ustazah Bizi, Cikgu Normah, Cikgu Azizah, En Saufi, Ustaz Luqman..n lain2 cikgu yg sgt luar biasa...


semoga sy juga menjadi seperti mereka2 yg sgt sy kagumi...:-)





tp,sy masih dalam dilema???????


:::::Fizik vs English:::::::


::::::::::::: :::::::::::::::





some says...its nothing different,faz!


but for my own reason....its slightly different...


sedihnyer....huhu..





Budi kata,


kat cni utk memperbaiki diri...nnt takut niat xikhlas,amalan tak diterima...elaun pun tak berkat.


~_~





Along kata,


cikgu tu semulia-mulia pkerjaan...


ikhlaskan hati...jgn buat ssuatu yg ALLAH xsuka...


bila kakchik dah jd cikgu,1 kaki dah ad dalam syurga..n disebabkan niat2 atau perbuatan kita yg

tak ikhlas/xbaik...1 kaki lagi jejak ke Neraka...uuhuk..Nauzubillah...





hati kata,


--fazilah....bersabarlah....


----keluargaku,jadilah pendorong setia utkku..


--ansar....berilah semangat ktika ku hampir jatuh...

tiba2 teringt kat students smk selandar..
i really miss them!









YA ALLAH...

ku mohon ketenangan daripadaMU...~

Jadikanlah diriku hamba yg paling banyk bersabar n paling banyak bersyukur....ameen..


salam kasih sayang.

Wednesday, November 3, 2010

My Convocation....Alhamdulillah...

Bismillahirrah manirrahimm.....


11/10/10- my convocation day...alhamdulillah...
semuanya berjalan dgn lancar..
makyah, angah, abg fatir, alang, athirah....thanks semua..
juga utk along, abg hafizan dan iman yg setia menunggu kat rumah....=)

yg tertinggal kat rumah....Alyn....hehe..
kesian dia...
kebetulan hari yg sama dgn hari last PMR...
semoga berjaya adikku....=)

seronok sngt....sebab dapat jumpa kawan2 sebatch...
rindu kat mereka smua...

dan kekal utk diingati...kawan2 yg meraikan hari konvo..
Fitri,
Sal...ex-rumet,
Mira & Azri,
Muin & Hazazi,
n sahabat baik sy...Ansar..
alhamdulillah...

dipermudahkan juga oleh ALLAH utk kenalkan dia pada mak dan ayah..

Trima kasih Ya ALLAH atas segala nikmat yg telah Engkau pinjamkan utk ku...
@>>---------

Sunday, July 11, 2010

Comments 4sc2..=)

assalamualaikum.....

hari ni klas relief 4sc 2..
mengajar fizik..

hm...not bad...cuma td xsempat nak bg latihan.

akhir waktu td..baru terfikir..
nak suruh students berikan komen tentng pengajaran teacher....huhuhu..

itu pus salah satu proses utk mmperbaiki pengajaran diri kita..kan.=)

1.....Tan Xin Kiat --
PENGAJARAN AGAK CEPAT, TETAPI AJAR DGN BAGUS....

refleksi saya???????

2.....Tan Thiam Lin--
cikgu ajar dengan sepenuh hati,walaupun ada sikit tidak berapa faham, tetapi cikgu adalah cikgu fizik yg baik...

refleksi????

3...norhanim---
teruskan usaha,...cara cikgu mengajar memang best sebab bnyk contoh2 yg mendorong kitorang utk lebih faham dalam tajuk yg di ajar...

refleksi????

to be continued......

Wednesday, July 7, 2010

Halaqah sentuhan Qalbu...

Tajuk Dan Tarikh Siaran (Selasa, 10.00 malam)


Dicipta (15/6/10)
Panel : Y.Bhg Dato’ Hj Nooh bin Hj Gadot
Trainer : Sdr. Andi Muhamad Fajar


Pohon Hidup (22/6/2010)
Panel : Y.Bhg S.S.M Tan Sri Dr. Hj Harussani bin Hj Zakaria
Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan


Ikon (29/6/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Badli Shah Alauddin
Trainer : Sdr. Firdaus Djamaris


Kontrak Hidup (6/7/2010)
Panel : Y.Bhg Dr. Fauzi Hamad (UM)
Trainer : Sdr. Rinaldi Agusyana


Dairi Nabi Ibrahim A.S (13/7/2010)
Panel : Y.Bhg Dato’ Setia Jaya Dato’ Paduka Syeikh Hasbullah B. Hj. Abd Halim
Trainer : Sdr. Andi Muhamad Fajar


Macam Mainan (20/7/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Hanafi Abdul Malek
Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan


Saham Ibubapa (27/7/2010)
Panel : Y.Bhg Dr. Rubiah K Hamzah
Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan


Namaku Remaja (3/8/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Syed Norhisham Al-Idrus
Trainer : Sdr. Arief Rahman Saleh


Ayah dan Ibu (10/8/2010)
Panel : Y.Bhg Dr. Amnah Bohari
Trainer : Sdr. Dudi Supriadi


5 Minit Aje (17/8/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Roslan Mohamed
Trainer : Sdr. Firdaus Djamaris


Akhir Hayat (24/8/2010)
Panel : Y.Bhg Ustaz Kifli Yasin
(Mufti Sarawak)
Trainer : Sdr. Rinaldi Agusyana


Mengurus Dunia (31/8/2010)
Panel : Y.Bhg Dr. Danial Zainal Abidin
Trainer : Sdr. Aminul Rachman Pulungan


Ketika Pulang (7/9/2010)
Trainer : Dr. Ary Ginanjar Augustian


Syukran Jazilan...
M.AA

Duhai Hati...


Assalamualaikum.....


duhai hati...


mengapa sering mengeluh ketika


dugaan datang melanda?


ketika di waktu senang,


adakah kau setia mengingat Yang Satu?


bukankah nikmat dan mudarat itu.....


juga DUGAAN.....




muhasabah wahai diri..


tenang dan fikirkan...


kenapa dan mengapa ALLAH takdirkan


begini dan begitu..





Duhai hati...

BERSABARLAH..~

Tuesday, July 6, 2010

Lelaki Di Zaman Ini...


Ku berfikir..
Lelaki diakhir zaman ini
Payah untuk kutemui
Yang benar-benar sibuk dengan urusan baiki diri
Yang ada kini hanya
Sibuk dengan urusan mengumpul dunia
Walau diketahui dunia ini hanya penuh tipu daya



Kuberfikir..

Lelaki diakhir zaman ini
Susah untuk kutemui
Yang benar-benar takut pada Ilahi
Sentiasa mendambakan kasih Ilahi
Yang ada hanya mengharapkan kasih insani
Yang melalaikan orang dan diri sendiri


Kuberfikir..
Lelaki diakhir zaman ini

Sukar untuk kutemui

Ahli profesional yang bertaqwa

Yang benar-benar meletakkan Islam dijiwa

Menggunakan profesionnya sebagai matlamat keakhirat sana

Yang ada hanya ahli profesional yang lalai dan leka

Yang hidupnya lebih berat dari barat

Ibadah dan amal terasa amat berat




Kuberfikir..

Lelaki diakhir zaman ini

Payah untuk kutemui

Yang sentiasa bergelumang dengan majlis ilmu yang bermanfaat

Yang sanggup bersusah dan penat
Dalam mengejar dan memahami ilmu yang berkat
Yang ada kini hanyalah berbangga dengan ijazah yang ada

Tapi ilmu fardhu ainnya kosong belaka



Kuberfikir..

Lelaki diakhir zaman ini

Susah untuk kutemui
Yang suka berbincang tentang ilmu akhirat

Syahid yang sentiasa menjadi matlamat

Mensyiarkan Islam dan menjunjung syariat
Yang ada cuma menghidupkan sunnah barat

Dan melupakan kehidupan akhirat


Kuberfikir..

Lelaki diakhir zaman ini

Sukar untuk kutemui

Yang sentiasa bermunajat dan berzikir

Sentiasa bertafakkur dan berfikir

Sunnah Rasulullah cuba dipahat dan diukir



Namun kutetap berfikir..

pasti masih ada lagi

Lelaki diakhir zaman ini

Seperti yang kufikir..


Dimanakah dia?
@>>---------

Keajaiban Selawat..

KEAJAIBAN SELAWAT


1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)


2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.


3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.


4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.


5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.


6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.


7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.


8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.


9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.


10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.



11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.



12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.


13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.



14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.



15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.



16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.



17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.




18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.



19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.



20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.


21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.


22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.


23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.



24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.



25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.



26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.



27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.



28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.



29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.



30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabranisalah satu contoh....(menjauhkan diri dari terkena penyakit)



Amalkanlah wahai sahabatku sekalian..

semoga kita sentiasa terasa dekat dengan Rasulullah...



SYUKRAN..

Muhammad Ansar b Abdan..

~MARDI~